Maksud Hadith : "Tetaplah kamu dengan Al-Habbatus Sauda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam(Maut)"-Al-Bukhari



SEJARAH HABBATUS SAUDA

Sejak bila Habbatus Sauda' digunakan sebagai ubat dan penawar tidak dapat diketahui dengan tepat. Ini adalah kerana ia telah sangat lama digunakan semenjak zaman awal permulaan tamaddun lagi. Bukti-bukti arkeologi menunjukkan ia telah mencapai kemasyhuran semenjak tamaddun awal sejarah manusia lagi.

Rujukan bertulis paling awal yang ada ialah dalam kitab Taurat Perjanjian Lama (The Old Testament - Isaiah 28). Di dalamnya ada tertulis mengenai cara-cara penuaian Habbatus Sauda':
for the black cumin is not threshed with a threshing sledge, nor is a cart wheel rolled over the cumin, but the black cumin is beaten out with a stick, and the cumin with a rod. (Isaiah 28:25,27 NKJV New King James Version).
Oleh itu boleh disimpulkan bahawa kaum Bani Israel telah lama mengetahui tentang khasiat dan kegunaan Habbatus Sauda'. Kepentingan Habbatus Sauda' jelas apabila ia telah dijadikan tanaman pertanian pada zaman mereka lagi.

Malah lebih awal dari zaman Bani Israel ialah Tamaddun Mesir dan Yunani Purba yang telah mengetahui kehebatan dan khasiatnya sejak lebih 5,000 tahun lalu. Pada zaman purba itu, raja-raja Yunani dikubur bersama dengan Habbatus Sauda', kerana ia boleh berfungsi mengawetkan mayat. Raja-raja pada masa itu pasti sangat berhati-hati dalam menggunakan tanaman dan herba yang terbaik sebagai ubat.

LEBIH BERNILAI DARI EMAS PERMATA, SIMPANAN DI MUZIUM KAHIRAH.


Hari ini jika kita melawat Muzium di Kahirah, kita masih boleh menyaksikan bekas minyak Habbatus Sauda' yang dijumpai dalam kubur Fir'aun muda Tutankhamen. Ini adalah bukti kehebatan Habbatus Sauda' yang boleh bertahan selama 3000 tahun tanpa rosak dan binasa.

Pakar-pakar perubatan moden juga dimasa ini berminat untuk mengkaji kaedah perubatan zaman Fir'aun ini. Mengikut kajian-kajian awal, sistem perubatan mereka mempunyai banyak persamaan dengan sistem perubatan moden. Memang benar, khazanah herba tinggalan yang lebih bernilai dari emas.



PENGASAS PERUBATAN MODEN HIPPOCRATES


Hippocrates, Ahli Perubatan Yunani Kuno, yang dianggap sebagai pengasas perubatan moden masakini. Dia telah menggariskan kaedah dan prinsip yang masih lagi digunapakai oleh perubatan moden masakini begitulah sumbangan besar tokoh ini. Hari ini setiap doktor mestilah mengangkat sumpah Hippocrates, sebelum dapat mengamalkan perubatan (medical practice). Hippocrates menyarankan penggunaaan Habbatus Sauda' untuk mengembalikan kecergasan, tenaga dan kesegaran serta mengatasi kelelahan tubuh dan mental.


CLEOPATRA RATU JELITA ZAMAN PURBA


Cleopatra, Ratu Mesir di zaman Mark Anthony yang dikatakan mempunyai wajah yang sangat jelita, merawat kecantikan tubuhnya dengan cara mencampurkan minyak Habbatus Sauda' dalam susu untuk mandi.

Begitu juga dengan Ratu Nefertiti yang diketahui menggunakan Habbatus Sauda' untuk merawat kecantikan. Nefertiti juga terkenal sebagai seorang ratu yang sangat cantik serta anggun. Patung ukiran wajah nefertiti masih lagi wujud tersimpan dalam Muzium Kahirah.


KANUN PERUBATAN IBN SINA


Ibnu Sina ( 980 - 1037 ), dengan karya terbesarnya Qanun fi Tibb (The Canon of Medicine) yang paling terkenal dalam ilmu perubatan Timur & Barat menyatakan Habbatus Sauda' merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. Ibnu Sina bukan sahaja penyambung kaedah Perubatan Yunani yang dipelopori oleh Hippocates, malah dia telah berjasa dalam memperbaiki lagi kaedah ini.


Dalam Kanun Perubatan (The Canon of Medicine) Ibnu Sina (980-1037 Masihi) mengatakan
bahawa Habbatus Sauda' adalah bijirin yang sangat merangsang tenaga badan dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan, dan sistem pernafasan.
Dalam sistem perubatan di Greco-Arab/Unani-Tibb, yang berasal dari Hippocrates, Galen dan Ibnu Sina, Habbatus Sauda' merupakan penyembuh yang sangat bernilai dalam mengubati masalah sistem penghadaman dan masalah hati (liver hepatic) yang dianggap pada masa itu disebabkan oleh ketidakseimbangan humor. Humor adalah 4 unsur yang menjadi asas kepada prinsip perubatan yunani kuno ( 4 unsur darah, kahak, cecair hempedu kuning, dan cecair hempedu hitam). Ini ialah prinsip asas perubatan Hippocrates yang dikatakan bapa perubatan moden itu. Walau bagaimana pun prinsip ini telah dibuktikan kesilapan dan kesalahannya oleh sains perubatan moden. Antara prinsip yang masih digunapakai hingga kini ialah kaedah clinical diagnosis (pemeriksaan tanda-tanda dan symptom untuk mencari punca dan sebab penyakit) dan perawatannya.

Ibnu Sina (980-1037), dalam karya terbesarnya "The Canon of Medicine", yang dianggap banyak orang sebagai buku paling terkenal di dunia perubatan, baik di Timur atau di Barat,
menyatakan Habbatus Sauda' bermenfaat "meransang tenaga dalam badan dan membantu penyembuhan dari kelelahan atau kurang semangat

No comments:

Post a Comment