Maksud Hadith : "Tetaplah kamu dengan Al-Habbatus Sauda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam(Maut)"-Al-Bukhari



HABBATUS SAUDA


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam hadisnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)


Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.


MENURUT ILMUAN ISLAM

Ibnu Sina didalam bukunya Canon or Medicine menyatakan HABBATUS SAUDA merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan HABBATUS SAUDA berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, senggugut dan haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.


KAJIAN SAINTIFIK ANTARABANGSA

Ahli perubatan moden juga telah membuat kajian saintifik dan mendapati ianya merupakan sejenis antibiotic semulajadi cepat memberi kesan dan tidak menimbulkan sebarang kesan sampingan yang memudaratkan.Antara bahan-bahan kandungan HABBATUS SAUDA ialah fixed oil (saturated and unsaturated), minyak asas (strol, thymohydroquinone, carvone, ctmene)

Kajian 1986 dan 1993 (Drs. El kadi, kandil, Basil Ali), ia mempamerkan peningkatan nisbah sel-T Helper kepada sel-T Suppressor, serta peningkatan dalam aktiviti fungsi sel pembunuh asli. Ia boleh memainkan peranan penting dalam merawat pelbagai jenis penyakit yang di sebabkan kekurangan imun dalam badan.

Kajian 1997, ia meningkatkan 55% nisbah sel-T helper dan sel-T suppressor dengan purata sebanyak 30% aktiviti sel pembunuh asli (NK) AIDS.

Ia Kajian 1960 ( saintis badr-el-Din, Mahouz), melegakan tanda pengidap asma bronkus dan mengurangkan sesak nafas.

Kajian 1993 ( Nirmal Chakravarty M.D) , ia menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetuskan penghasilan histamine, ia juga mengurangkan kadar penyerapan kalsium dalam sel.

Kajian 1991 ( Pusat penyelidikan Amala, amala Nagar, Kerala, India), ia menghalang sepenuhnya perkembangan sejenis sel kanser Ehrlich Ascites carcinoma(EAC), 100% berkesan dalam menghalang perkembangan tumor sebanyak 50% bagi sel Dalton’s Lymphoma Ascites(DLA).

Kajian 1989 ( Journal farmasi Pakistan ), mempunyai sifat anti kulat minyak habatus sawda.

Kajian 1992 ( jabatan farmasi, Universiti Dhaka , Bangladesh ), ia terbukti berkesan terhadap banyak jenis bakteria

Kajian 1960( prof. El-Dakhakny), Habbatus sauda mempunyai kesan anti radang dan melegakan kesan-kesan arthritis.

Kajian 1995( saintis makmal Penyelidikan farmakologi, Jabatan farmasi, Kings college, London ), ia berkesan dalam merawat asma bronkus dan ekzema, ia merencatkan generasi eicosanoids dan mempamerkan aktiviti anti pengoksidaan dalam sel.

Dr Schleicher dalam kajiannya di Jerman menerangkan bahawa bahan-bahan dalam HABBATUS SAUDA seperti linoleic acid menstabilkan sel membrane dan prostaglandin mempunyai kesan mengawal inflammasi iaitu tindak balas immune sistem yang berlebihan sehingga menyebabkan masalah-masalah seperti jerawat, asthma, hay fever dan kemungkinan kanser.

Satu lagi kajian (pilot study) telah di buat di Charite University Hospital Berlin ke atas 152 pesakit. Di bawah seliaan Prof Dr Holger Kiesewetter 2 kapsul sauda di beri 3 kali sehari.Pesakit-pesakitnya menderita sakit allergic rhinitis, bronchial asthma, ectopic eczema. Dr Holger membuat kesimpulan bahawa sauda dapat memberi rawatan efektif kepada penyakit-penyakit yang di sebabkan oleh alahan.


No comments:

Post a Comment